10 PIC INOVASI

APLIKASI KESIHATAN KULIT

Gambar di atas menunjukan tentang sebuah aplikasi yang mudah untuk membantu manusia terutamanya golongan wanita  bagi memeriksa kesihatan kulit apabila berada di tempat luar. Sekiranya cuaca panas di luar aplikasi ini memudahkan wanita untuk mereka berlindung dari panas dan secara tidak langsung tahu mengenai keadaan kulit pada waktu itu juga.



SKUTER WAZE
Gambar di atas menunjukan tentang sebuah motosikal yang mempunyai waze bagi memudahkan penunggang apabila hendak ke sesuatu tempat. penumpang akan mudah sampai ke destinasi dan tidak akan tersesat.


TELEFON LUT SINAR

 Gambar di atas menunjukkan tentang telefon pintar yang diinovasi menjadi lut sinar. Telefon pintar ini amat mudah dibawa, ringan, dan sangat  sesuai kepada pengguna yang tidak mahu menggunakan ruang yang banyak.

MULTI USB
 Gambar di atas menunjukan tentang plag yang mempunyai banyak tempat mencucuk USB. Pengguna dapat mengecas pelbagai gadget pada waktu yang sama dan ianya menjimatkan masa dan ruang.

KEYBOARD LUTSINAR
Gambar di atas menunjukkan tentang Keyboard lutsinar. Keyboard ini akan memudahkan pengguna komputer kerana ia tidak perlu dibawa, mudah dan jimat tenaga dan menggunakan ruang yang terhad.

TUT TUT KARAVEN
Gambar di atas menunjukkan sebuah tut tut yang diinovasi menjadi sebuah karaven yang boleh dijadikan tempat tidur dan ianya sangat selesa.

KANTA MAKLUMAT
 Gambar di atas menunjukkan tentang kanta mata lekap yang unik kerana ia diinovasi tinggi dengan ada  segala maklumat yang boleh diperoleh. Pengguna boleh mendapatkan segala maklumat dengan hanya memakai kanta tersebut.

MAGIC SCREEN
Gambar di atas menunjukkan tentang sebuah alat seperti gelang apabila memakainya pengguna boleh mendapatkan maklumat atau bahan pembacaan dengan mudah kerana skrin tersebut adalah monogram.

CAWAN MULTI

 Gambar di atas menunjukkan tentang sebuah cawan yang diinovasi menjadi pengecas telefon sambil memanaskan air. Ianya menjimatkan tenaga kerana boleh beroperasi dalam dua bentuk iaitu memanaskan air sambal mengecas.

INFO CUP
 Gambar di atas menunjukkan tentang sebuah cawan yang diinovasi yang memaparkan maklumat pada cawan terbabit. sambal memanaskan air,pengguna boleh membaca pelbagai maklumat seperti cuaca, akhbar dan isu semasa.


No comments:

Post a Comment