Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma (2004) juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran yang menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang.
Bukan itu sahaja, pelbagai bahan bantu mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Cara penggunaan bahan bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka (Norma,2004) .
Seterusnya, BBM juga memberi kebaikan kepada pelajar dari segi pengalaman pancaindera. Menurut Norma (2004) penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Keenam, Saridah (2006) pula menyatakan bahan bantu mengajar sesuatu mata pelajaran seperti perisian multimedia dapat menyokong pembelajaran kendiri. Perisian perisian memberi peluang kepada pelajar untuk memilih maklumat yang disukai mengikut kebolehan masing-masing kerana pelajar dapat memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran dengan kadar yang cepat. Pembelajaran dapat dilakukan berulang kali, terutamanya untuk topik yang agak sukar.
Di samping itu, Rohana Zubir (1987) berpendapat bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan minat dan kesungguhan di kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kerap dilakukan oleh guru, kemungkinan pelajar akan dapat mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan. Zuraidah (l988) telah menjalankan kajian ke atas pelajar di sebuah sekolah menengah di Seremban bagi rnelihat keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran kimia. Pelajar-pelajar telah menyatakan bahawa penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran amat berkesan dalarn membantu proses pengajaran mereka. Menurut Mohd Dahlan(l992), telah rnembuat kajian tentang keberkesanan penggunaan alat dan bahan bantu rnengajar peserta-peserta kursus perguruan khas dalam pengajaran dan pembelajaran. Didapati daripada kajian tersebut bahan bantu mengajar mampu meningkatkan kefahaman tentang topik yang diajar kepada murid-murid.
Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran telah ditanyakan oleh ramai tokoh penulis. Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
i. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
ii. Sebagai daya penarik
iii. penting kepada seseorang pelajar
iv. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
v. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar
vi. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
No comments:
Post a Comment