Teknologi telah maju dengan pesat dan telah mendominasi kehidupan seharian kita. Setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu set televisyen, computer riba atau desktop. Bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat kanak-kanak bermain dengan telefon pintar atau tablet pada masa kini. Kita tidak boleh menafikan betapa teknologi telah membantu kita sejak daripada penemuannya tetapi adakah kita terlalu banyak mendedahkan diri dan anak-anak kita terhadapnya
KEBAIKAN
1.Mengajar sebab dan akibat: menarik rasa ingin tahu anak anda dan menggalakkannya untuk meneroka walaupun dari rumah.
2.Menekan kekunci dan menggunakan tetikus membantu dalam membaiki kemahiran motoranak anda dengan meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka.
3.Kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik bebas mendapati penggunaan teknologi boleh menyokong pembelajaran di rumah dalam:
- Pembelajaran Operasi: ibubapa boleh mengajar anak-anak mereka bagaimana untuk mengawal dan menggunakan teknologi; dan ini merupakan satu peluang bagi ibubapa untuk menggalakkan anak-anak memberi maklumbalas menggunakan input mereka sendiri.
- Meluaskan pengetahuan dan kefahaman mengenai dunia: kanak-kanak boleh mengetahui lebih mengenai masyarakat, tempat dan alam semulajadi.
- Kecenderungan untuk belajar: menggalakkan tumpuan dan ketekunan, membantu mereka untuk membina keyakinan diri dan nilai kendiri serta meningkatkan kecekapan mereka dalam menggunakan teknologi.
- Peranan teknologi dalam kehidupan seharian: dengan pemerhatian ibubapa, anak anda akan belajar bagaimana teknologi boleh membantu dalam hal-hal seharian seperti mengkaji destinasi yang akan dilawati, memesan barangan, menghantar teks, berkomunikasi dengan orang yang jauh dan lain-lain
KEBURUKAN
Pada tahun 2010, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) memberi amaran bahawa teknologi boleh memberi kesan kepada perkembangan kemahiran kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah.
Mainan untuk pembelajaran akan menjejaskan potensi pendidikan kerana kebanyakan mainan interaktif telah dicipta berdasarkan tugasan pendidikan yang biasa. Pada mulanya, mainan ini akan memberikan motivasi untuk belajar tetapi kanak-kanak yang masih muda akan bosan dan berhenti mempelajarinya jika mereka tidak menguasai aspek operasi klik, skrol atau tindakan menekan.
Masalah operasi boleh diselesaikan dengan menggunakan komputer tablet tetapi penggunaan komputer tablet yang keterlaluan tidak akan menggalakkan pembelajaran secara inovatif kerana beberapa aplikasi yang dimuatnaik adalah merupakan satu salinan asal semata-mata contohnya buku elektronik.
Tiada rangsangan perbualan antara orang dewasa dan kanak-kanak: interaktiviti teknologi sama sekali tidak boleh menggantikan interaksi sesama manusia kerana teknologi terkini tidak boleh menggantikan elemen manusia dalam interaksi antara ibubapa dan anak.
-Meningkatkan tindakbalas agresif hasil daripada bermain permainan video yang ganas.
-Berpotensi untuk mengganggu waktu tidur: kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya 12 jam waktu tidur setiap hari untuk mereka membesar secara sihat.-
-Membawa kepada ketagihan teknologi.
No comments:
Post a Comment